Thursday, May. 09, 2002 - Boring

Boring. Lenguh. Ngantuk. Semua ada. Nak kata kerja takde, ada 2 tengah menunggu. Entah.. hari ni takde langsung mood nak buat kerja langsung langsung langsung. Nasib baik ofis satu sorang. Apa aku buat dalam bilik kecik aku ni hanya aku dan Maha Pencipta sahaja yang tahu unless pihak U letak kamera mana2 ke. Itu dah kes melanggar hak asasi tuh. Betul ke?

Keboringan yang amat sangat sampai aku msg kat seorang member ni. Takde la cakap direct suruh dia call tapi aku SMS Tengah khusyuk bekerja ke? kat sini dah keboringan di tahap maksimum" yang mana telah mendapat balasan "I pun tengah bored jap lagi i call u" Hehe menjadi jugak taktik aku tuh. Nak call dia tak mampu, aku punye bil tipon bulan ni rasanya mampu beli Samsung Harmonic kot. Lagipun, dia tipon guna phone opis dia. Apa2 pun mari kita beramai-ramai mengucapkan terima kasih kepada PROTON.

Pasal aku takut nak buat presentation research proposal tu kan sampaikan malam sebelum aku present tu aku mimpi Cik Siti Nurhaliza kita tuh menangis depan aku pasal dia kena bantai teruk masa present. Ada ka.. makcik tuh kalau present memang aku jamin tak lepas sebab English dia. kah kah.. aku takde la nak kutuk sangat orang tak reti cakap English. Sebenarnya confident kena lebih. Kalau kita cakap confident orang pun tak perasan grammatical error kita.

Semalam aku bawak geng makan pergi makan atas pokok. Nama restoren tu ANJUNG WARISAN. Diorang nampak impressed jugak dengan tempat tuh. Aku rasa aku patut apply ganti tempat Maria Tunku Sabri jadi hos Jalan-jalan cari makan Aku dalam sebulan tak pernah makan kat satu tempat lebih dari 2 kali. Suka benar try tempat2 baru. Tapi ordernya sama jugak. Tak nasi ayam.. nasi lemak.. tak pun nasi goreng. Tengahari tadi aku makan Nasi Gitu-gitu. Ada nasi goreng dengan ayam goreng dengan ketam goreng tepung. Menarik la pulak. Boleh try sekali lagi tu.

Hari ni Azurati ada cakap "Kenapa hari ni semua orang cite pasal kahwin ni?" Minah tu pun cakap dia insya-allah langsung hujung tahun ni. Aku tak pernah tensen bila orang cite bab kahwin sebab parents aku tak pernah warning atau sound. Tapi cuma bila orang cita pasal kahwin teringat kat mamat2 history yang tak jadi. Sorang abang R sorang adik R. Eh.. dua2 nama R ek. Apa la yang jadik kat diorang agaknya. Sorang tuh aku undur diri pasal aku rasa aku belum cukup matang dan aku rasa suffocated dalam relationship tuh. Sorang lagi tu pulak, aku yang bodo tak sedar perasaan aku kat dia sampai kehilangan dia terlepas ke tangan orang. Takdak rezeki.. nak buat camna.

Ingat dulu aku ada cite sikit pasal adik sepupu aku yang bercerai hari tuh. Dah banyak dah berlaku.. kalah drama swasta atau Mis Tres Hermanes. Dia cerai.. rujuk (dalam diam mula2 tanpa pengetuan family kami), lepas tu pisah balik (sebab dia taknak ikut husband dia pindah rumah mertua dia). Tup2 baru2 ni aku balik mak aku cakap dia dah pindah ikut husband dia. Semua ni dalam masa tak sampai 3 bulan. Alhamdulillah. Macamana aku geram pun kat minah tu tapi aku betul2 harap dia dapat menemui kebahagiaan.

Hai.. bilalah pulak telepon ini hendak berbunyi.

Aku nak gi check surat kat pigeon hole la. Lepas tu jalan2 kacau orang.

kieli at 3:14 P.M.

|

---------------------------------------------

previous | next