Friday, Feb. 15, 2008 - Choose wisely
So, it's election time again in Malaysia and I will not get to exercise my right as a citizen this time around. Pernah mengundi pun sekali aje 4 tahun dulu. Dulu DUN Paroi, sekarang bila check di daftar pemilih di spr online, DUN Lenggeng pula. Dulu Parlimen Rembau, sekarang Parlimen Seremban pula. Bila masa diorang buat persempadanan semula ni selepas pilihanraya 2004?
I've told myself I will vote for the person first but if I know squat about the candidates then I'll go for the party. Nasib baik sekarang dah tukar Parlimen Seremban, kalau still Parlimen Rembau and the son-in-law is rumoured to contest there, bimyou pulak jadinya I. Tapi I bukan boleh mengundi pun! hehe I wonder what my father thinks of the current PM and his son-in-law. Semalam pun sesaja sms mak tanya tak pergi dengar ceramah, mak jawab.. maleh lah, kalau ceramah XYZ bestlah. hahahhaha lawak lawak. I rasa my mom pun dah agak tawar hati kot tapi to cross the bridge? I don't think so. Agak2nyalahkan..
From my readings, banyak yang tak best aje. Mainstream newspapers pun banyak concealing the truth, they might not lie but they are not telling the whole truth. You've got to read blogs and forums to get the whole picture and that's what I told Dato' Menteri when we had the dialogue with him after the dinner. I sat with his setiausaha sulit during dinner and we had a nice discussion of the current politics. Sedap gak mengenakan dia dengan cite2 Fourth 4 etc.
Since coming here, Japan has had 3 Prime Ministers - Koizumi, Abe and now Fuda. Malaysia has one. Tapi Jepun biasalahkan, salah sikit, sure letak jawatan, bunuh diri. Tapi tukar2 pun tetap from the same party, LDP.
Haiyark.. cite politiklah pulakkan. But I admit it, I like politics. Ni semua sebab suka sangat baca my father's Rocket, Harakah, Aliran since darjah2 lagi and selalu berdebat dengan my father. Tapi I wish for the best for my country. Kepada pengundi2 di Malaysia, jalankan tanggungjawab anda. Pilihlah mereka yang betul2 nak mewakili rakyat.
Hooo... adik comel yang dulu duduk sebelah meja i tapi sekarang dah duduk meja belakang dah masuk lab. Tak leh dah nak nyanyi2 kuat2 dalam lab sebab dari tadi I sorang aje. Nak usyar dia pun susah sebab takkanlah nak toleh belakangkan.
Tuesday, Feb. 12, 2008 - from the 6th floor of Building 9, West Campus
Bersiaran dari bilik dan bangunan baru. Kami sudah berpindah. Penat juga mengemas sampah sarap sensei tuh. Piring hitam dari zaman budak2 ni belum lahir pun ada.
Tak tahu sama ada I made the correct decision of chosing this desk. Terharu tadi sensei tanya aku 2nd nak pilih meja mana. Suzuki-san first sebab dia dah 2 tahun di lab ini sejak dari 4th yr undergrad. Then, ingatkan dia tanya Sato-san tapi sensei suruh aku pilih dulu walaupun aku baru 3 bulan dalam lab ni. Maybe sebab Sato tu bulan depan nak pergi jadi exchange student 1 tahun kat Australia.
So, aku pilih yang tepi tingkap mengadap dinding dan boleh nampak pintu masuk. Apa2 pun, aku wajib nampak pintu sebab aku ni rajin melayar layan YM lah, layan forumlah etc. Kang sensei datang dari belakang aku tak sedar, kantoilah mak!! Kalau bilik tidur pun, aku akan pastikan aku tidur mengadap pintu. Tapi, kaedahnya budak2 ni letak meja PS3 kat hujung row aku. Adeh.. tak sukalah pulak bising2 ni. Depa berkumpul dan game tu sendiri bising. Tapi aku tak sure, itu ke kedudukan permanentnya sebab meja2 printer etc belum dipindahkan semua dari lab lama. Bila semua dah settle, kalau tempatnya kat situ gaks, aku nak mintak diorang pindahkanlah ke dinding belakang nun. Ataupun, aku yang pindah. Budak2 ni tinggal hujung bulan ni aje. Pasnih diorang dah grad, so bolehlah aku pilih mana2 yang aku nak kecuali meja Suzuki atau meja Sato. Depa berdua duduk kat dinding belakang tuh.
Nak pi check toilet. Mintak2 toiletnya ada bidet (shower toilet). Senang berair bagai. Kalau tak, jauh gaklah aku nak menapak ke bangunan 7. Dan bestnya toilet depan lab. Takyah jalan jauh2 kalau malam2 aku sorang2 kat lab. Nak pi sat
Oh horror!! Bukan setakat bukan bidet toilet. Dia jenis jamban cangkung. tidaaaaaaaaaaaaaaak!!! jepun ni advanced2 pun, suka berpegang dengan tradisi lama. ahaks. At least kat bangunan lama aku tuh, dua2 pun ada. Memang sah aku kena menapak jauh ler nak cari toilet bidet pasnih.
Nak balik ke nak buat kerja ek. Balik pun takde orang kat rumah, tuan rumah pergi baito pukul 1030 baru balik. Kalau balik awal nak singgah supermarket tambah bahan mentah tuan rumah. Seganlah pulak, kita berkelana kat rumah dia makan minum sekali ngan dia. Aku ni dah 5 hari tak balik rumah. Duduk menyibuk kat rumah orang. Semalam masak kari ikan merah, jadi pulak. Aku ni kalau masak kari, kenkadang jadi, kenkadang tak sedap. Tapi budak2 ni, apa aku masak sume sedap walaupun tekak aku rasa takdelah best mana. Ingat hari ni nak goreng ikan karei. Entah apa nama omputih atau Melayunya. Oh.. ikan flounder (flatfish). Tak silap.. ikan sebelah kan? Sedap bila di masak. Ini yang aku selalu makan kalau kat sekolah. Karei nitsuke.

And yesterday we found a short cut way to the university. Dok tengok orang ramai lalu sebalah bangunan Microsoft tuh. Sekali jalan sampai hujung, lah... dah sampai university!! Best, tak perlu lalu jalan luar. Cuma since my building is at the West Campus and hujung pulak tuh, kena tambah extra 5 minit untuk sampai. Yes my university ni sekankang kera aje. Dari undergrad ke master ke phd, sume university kecik aje. Sib baik dapat merasa yg besar kat Skudai nun.
Yay.. sensei masuk. Dia cakap dia akan letak printer kat meja hujung tuh. Bermakna PS2 tu kena pindah ke tempat lain. Selamaaaaaaaaaaaaaat!!!
kieli at 5:25 P.M.Monday, Feb. 11, 2008 - Yaki Tate Banana Pie
Today is a public holiday. Cuti amenda ntah. Tapi bagi diriku ini, cuti ke tak cuti, tetap ku berkelana ke sekolah. Encik Boss busy nak settlekan hal2 pemindahan lab, terpaksalah hari Isnin pun datang sekolah untuk weekly meeting.
Memang seram seriau setiap pagi Isnin. Celik2 mata sure otak ligat pikir excuse apa nak diberi untuk escape meeting. Tapi sebab dah janji taknak tipu lagikan, so tadi dengan tulus ikhlasnya aku hantar email kat sensei mintak nak skip meeting sebab takde benda nak report. hahahahha. Tapi sensei reply suruh datang jugak sebab ada hal nak discuss. Tapi sebenarnya aku tak perlu takut2 sangat sebab aku tahu lepas meeting, sure aku happy sebab encik boss mesti bagi semangat. Pastu discuss membetulkan apa2 pandangan dan ilmu aku yang cetek dan tak betul ini. So, aku akan happy mappy sampailah Isnin minggu depan. Cycle ini akan berkitar kembali.
Malam tadi akhirnya dapat makan kat Skylark Gusto tapi takde pun menu tuna steak tuh. End up kitorang makan ni..

maguro ika don (tuna dan sotong mentah dengan nasi dalam bowl) sedaaaaaaaaaaaaaap!!!!!! ala2 cam makan sushi jugaklah. aku memang akhir2 ni mengidam gila nak makan sashimi (ikan mentah).

Cik Naju makan spaghetti sos jepun

popcorn shrimp ceaser salad (ada telur separuh masak tengah2 dia.. motif?)
dan yang paling sedap dan melelehkan air liur ialah........

yaki tate banana pie
Kitorang mula2 share banana pie tu tapi terpaksa order satu lagi sebab sedaaaaaaaaap sangat. Combination of hot pie and banana with cold ice-cream. Heavenly! So, bolehlah datang lagi kedai ini.
kieli at 2:43 P.M.